Zakat_1447H_Website-1-Landing_page_Banner

Majlis Ugama Islam Brunei, Jabatan Urusan Zakat, Waqaf & Baitulmal dan Kementerian Hal Ehwal Ugama telah bekerjasama untuk melancarkan pembayaran "Zakat Online". Orang ramai kini boleh membuat pembayaran zakat fitrah secara atas talian, menerusi Online Zakat Fitrah melalui Progresif Web Store keluaran Progresif Sdn Bhd.

Sebagaimana jua ketetapan Fatwa Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam melalui siri Fatwa (16/2020) Bil.24-1/2/5Ej(2) bertarikh 18 Syawal 1441 bersamaan 10 Jun 2020 menyatakan bahawa “Pembayaran zakat dalam talian adalah harus dan sah kerana ia memenuhi tata cara yang ditetapkan oleh syara' dalam pembayaran zakat”.
 
Pembayaran zakat fitrah secara atas talian boleh dibuat mulai 1 Ramadhan 1447H sehingga 30 Ramadan 1447H.

Soalan - soalan Lazim

Online Zakat Fitrah melalui Progresif Web Store adalah sebuah laman web untuk membayar zakat fitrah secara dalam talian, memudahkan umat Islam untuk menunaikan kewajiban. Laman web ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

Merujuk Fatwa Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam melalui siri Fatwa (16/2020) Bil. 24-1/2/5Ej(2) bertarikh 18 Syawal 1441 bersamaan 10 Jun 2020 telah menyatakan bahawa pembayaran zakat dalam talian adalah harus dan sah kerana ia memenuhi tatacara yang ditetapkan oleh syara’ dalam pembayaran zakat.

Perkhidmatan ini tersedia untuk umat Islam yang berada di Negara Brunei Darussalam. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengguna hanya perlu mengisi maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan pembayaran zakat fitrah.

Perkhidmatan pembayaran Zakat Fitrah secara dalam talian melalui Progresif Web Store akan mula digunakan pada 1 Ramadhan 1447H dan berakhir pada 30 Ramadhan 1447H, sebelum masuk waktu Maghrib.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, tiada pendaftaran diperlukan. Pengguna hanya perlu mengisi segala maklumat yang dikehendaki untuk menyelesaikan pembayaran zakat fitrah mereka.

Kategori pembayaran zakat fitrah adalah seperti berikut:

  1. Diri Sendiri
  2. Diri Sendiri dan tanggunggan
  3. Orang yang berwakil
  4. Orang yang berwakil dan tanggungan

Kadar zakat fitrah di Brunei bagi setiap orang Islam adalah berdasarkan harga beras 2 kilogram 268 gram:

  • Beras Siam: $1.93
  • Beras Wangi: $2.84

Pembayar zakat dan orang yang berwakil serta tanggungan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Beragama Islam.
  • Pembayar zakat fitrah dan tanggungan mestilah berada di Negara Brunei Darussalam. Ini juga termasuk bagi orang yang berwakil.
  • Hendaklah menggunakan kad debit sahaja.
  1. Perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui laman sesawang tidak dapat diteruskan jika pembayar zakat/orang yang berwakil beserta tanggungan tidak berada di Negara Brunei Darussalam.
  2. Perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui laman web Online Zakat Fitrah tidak dapat diteruskan jika orang yang berwakil belum menerima wang Zakat Fitrah daripada orang yang berwakil.
  3. Pembayaran juga tidak akan diterima jika pembayar menggunakan kad kredit.
  • Menghubungi Pusat Panggilan Progresif (Progresif Call Center) ke 177
  • Mengunjungi masjid, surau dan balai ibadat berdekatan untuk membuat pembayaran melalui amil-amil yang dilantik.

Untuk melafazkan niat pembayaran zakat menggunakan perkhidmatan Progresif Online Zakat Fitrah, niat zakat fitrah hendaklah dibaca semasa menekan butang "Bayar”. Panduan bacaan lafaz niat juga akan disertakan untuk memudahkan pengguna.

Setelah pembayaran dibuat, pembayar akan diarahkan ke halaman "Terima Kasih" yang memaparkan butiran berikut:

  • Nombor resit
  • Tarikh pembayaran
  • Kategori yang dipilih
  • Bilangan orang (jika berkenaan)
  • Jenis beras yang dipilih
  • Jumlah keseluruhan

Pengguna perkhidmatan Online Zakat Fitrah juga akan menerima salinan maklumat ini melalui e-mel setelah pembayaran telah berjaya.

Tidak, pembayaran menggunakan kad kredit tidak diterima untuk pembayaran zakat fitrah melalui perkhidmatan ini.

Pembayaran Zakat Fitrah menggunakan kad kredit tidak dibenarkan. Transaksi tersebut akan ditolak secara automatik dan pembayaran tidak dapat diteruskan.

Majlis Ugama Islam Brunei, Jabatan Urusan Zakat, Waqaf & Baitulmal and Kementerian Hal Ehwal Ugama have collaborated to launch “Zakat Online.” The public can now make zakat fitrah payments online through the Online Zakat Fitrah service available on the Progresif Web Store by Progresif Sdn Bhd.

As determined by the Government Mufti’s Fatwa, Negara Brunei Darussalam, through Fatwa Series (16/2020) Ref. Bil.24-1/2/5Ej(2) dated 18 Syawal 1441 corresponding to 10 June 2020, states that: “Online zakat payment is permissible and valid as it fulfills the procedures prescribed by Islamic law (syara’) in the payment of zakat.”

Online zakat fitrah payments can be made from 1 Ramadan 1447H until 30 Ramadan 1447H.

Frequently Asked Questions

The Online Zakat Fitrah payment service via the Progresif Web Store is a web-based platform that enables Muslims to fulfill their Zakat Fitrah obligation conveniently online. This platform is accessible to everyone residing in Brunei Darussalam.

According to a fatwa issued by the State Mufti of Brunei Darussalam (Fatwa Series 16/2020, No. 24-1/2/5Ej(2), dated 18 Syawal 1441 / 10 June 2020), online Zakat payments are permissible and valid as they comply with the prescribed Islamic guidelines for Zakat payments.

This service is available to Muslims currently in Brunei Darussalam. To use the zakat payment service, the zakat payer need to provide the required details to complete their Zakat Fitrah payment.

The service will be available from 1 Ramadhan 1447H until 30 Ramadhan 1447H (before Maghrib prayer).

No registration is required to use this zakat payment service. The users simply need to fill in the necessary details to complete their Zakat Fitrah payment.

The available zakat payer categories are:

  1. Self
  2. Self and Dependants
  3. As Representative
  4. As Representative for the Authoriser and their Dependents

The Zakat Fitrah rate per person is based on the price of 2 kilograms and 268 grams of rice:
• Siam Rice: BND 1.93
• Fragrant Rice: BND 2.84

• Must be a Muslim.
• The Zakat payer or the Representative must be residing in Brunei Darussalam. This also applies to those making payments on behalf of others.
• Payment must be made using a debit card only.

  1. The service is not available if the Zakat payer or their representative is outside Brunei Darussalam.
  2. The reprensentative hasn't received the Zakat Fitrah payment from the authoriser
  3. Zakat payments made using a credit card will not be accepted
  • Contact the Progresif Call Center at 177.
  • Visit a nearby mosque to make payment through appointed Zakat collectors (amil).

The intention (niat) for Zakat Fitrah must be recited when clicking the "Bayar"(Pay) button. A guide on the recitation of the niat will also be provided on the website for users’ convenience.

After completing the zakat payment, users will be directed to a "Terima Kasih" (Thank you) page displaying the following details:

• Receipt number
• Payment date
• Zakat payer categories
• Number of individuals covered (if applicable)
• Type of rice chosen and value
• Total amount paid

A copy of these details will also be sent to the zakat payer’s email upon successful payment.

No, credit card payments are not accepted for Zakat Fitrah payments through this zakat payment service.

Payment of Zakat Fitrah using a credit card is not allowed. The transaction will be automatically rejected and the payment cannot be completed.